Kami percaya bahwa kesejahteraan hidup keluarga tersayang adalah satu keutamaan .
Kasih sayang yang dicurahkan kepada mereka tidak sepatutnya berakhir walaupun kita sudah tiada lagi .
A-LIFE LEGASI adalah pelan hibah takaful yang memenuhi keperluan perlindungan kewangan keluarga .
PERLINDUNGAN SEHINGGA 600% UNTUK KEMATIAN AKIBAT KEMALANGAN
Waris anda Akan menerima:
Hibah 100% jumlah perlindungan jika anda meninggal duni
Pampasan 100% jumlah perlindungan jika hilang upaya kekal menyeluruh
Hibah 200% daripada jumlah perlindungan jika anda meninggal dunia akibat kemalangan
Hibah 300% daripada jumlah perlindungan jika anda meninggal akibat kemalangan berlaku dalam pengangkutan awam
Hibah 300% daripada jumlah perlindungan jika anda meninggal akibat bencana alam.
PERLINDUNGAN KETIKA HAJI DAN UMRAH
Waris anda akan menerima Hibah 200% daripada jumlah dilindungi jika anda meninggal semasa melakukan Haji atau Umrah.
PILIHAN UNTUK TEMPOH PERLINDUNGAN DAN TEMPOH CARUMAN
Anda mempunyai fleksibiliti untuk memilih panjang tempoh perlindungan dan tempoh caruman anda, bergantung pada komitmen dan aspirasi kewangan anda untuk orang yang anda sayangi.
KONGSIKAN LEGASI ANDA KEPADA KOMUNITI
Tiada perasaan yang lebih baik daripada perbuatan memberi, terutama memberi dan membantu mereka yang memerlukan – dengan A-Plus Infaq yang dilampirkan, kami akan membayar jumlah dilindungi rider ini kepada organisasi amal yang anda pilih sekiranya anda meninggal dunia atau mengalami Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal.
A-LIFE KASIH FAMILI adalah pelan hibah takaful mampu milik buat semua. Didalam pelan ini, anda boleh membuat perlindungan hibah takaful untuk anda & pasangan serta pampasan untuk penyakit kritikal.
FAEDAH KEMATIAN ATAU HILANG UPAYA KEKAL
Waris anda akan menerima Hibah perlindungan asas jika anda meninggal dunia atau mengalami Hilang Upaya Menyeluruh & Kekal (HUMK).
FAEDAH KEMATIAN AKIBAT KEMALANGAN
Keluarga anda akan menerima amaun perlindungan asas sebanyak Hibah 200% daripada jumlah perlindungan jika berlaku kematian akibat kemalangan kepada anda.
FAEDAH TAMBAHAN UNTUK PERLINDUNGAN KE ATAS PASANGAN
Dengan rider A-Plus ProtectSpouse-i, pasangan anda akan mendapat perlindungan jika berlaku kematian, hilang upaya kekal menyeluruh atau kematian akibat kemalangan.
FAEDAH TAMBAHAN UNTUK PERLINDUNGAN PENYAKIT KRITIKAL
Anda boleh mempertingkatkan pelan anda dengan faedah tambahan perlindungan penyakit kritikal dengan rider A-Plus CriticalCare-i atau A-Plus Waiver-i.
A – LIFE IKHTIAR ialah Pelan hibah takaful komprehensif yang juga boleh ditambah dengan kad perubatan (A PLUS TOTAL HEALTH) dan pampasan sakit kritikal
(A PLUS CRITICAL CARE -I)
FAEDAH KEMATIAN
Waris anda Akan menerima Hibah 100% daripada jumlah dilindungi secara sekali gus sekiranya anda meninggal dunia.
PERLINDUNGAN KEMATIAN AKIBAT KEMALANGAN
Waris anda Akan menerima Hibah 200% daripada jumlah dilindungi sekiranya anda meninggal dunia akibat kemalangan.
FAEDAH BADAL HAJI
Keluarga anda akan menerima RM 5,000 untuk mengatur Badal Haji bagi pihak anda sekiranya anda meninggal dunia.