“Success doesn’t come from what you do occasionally. It comes from what you do consistently”
Alhamdulillah, LunaStella Group mengekalkan kecemerlangan untuk Q3 2022 apabila meraih 3 anugerah AIA SELANGOR khamis lalu. Anugerah ini amat bermakna buat semua associates atas kerja keras sepanjang 9 bulan. Insha Allah, kami akan melaksanakan yang terbaik untuk penutup 2022 di samping bersedia menghadapi 2023.
Sejak posting terakhir saya pada awal November mengenai testimonial kerjaya / perniagaan ini boleh diwarisi kepada anak-anak kita, kesibukan dalam menyusun strategi 2023 membatasi masa untuk melakar isi cerita di LinkedIn.
Tanggal 7 November pula, pemergian mengejut ayah tercinta dalam tidur menyebabkan saya memberi tumpuan kepada urusan keluarga. Banyak yang saya pelajari tentang kehidupan dan perniagaan dari ayah saya walaupun beliau adalah seorang pekerja rendah awam Kementerian Kesihatan. Insha Allah, saya akan kongsikan nanti kisah ayah tercinta saya.
Mohon semua kenalan / connections mendoakan ayah saya tenang di negeri abadi dan dicucuri rahmat.
Bagi yang masih boleh mencium tangan ayah, mendengar suara ayah, gunalah peluang yang masih ada untuk membahagiakan ayah anda. Pastinya ibu tidak kita lupakan.
#LunaStella #LunaStella22 #stellaz22 #stellaz #mdrt #mda #aiaeliteacademy #career #kerjaya #mentor #opportunity #kerjakosong #careercoach #financial #careergoals #careerchange #careermanagement #success #mastertrainer #aiamalaysia #aia #aiapublictakaful #hiring