LunaStella Group Sdn Bhd (LunaStella) adalah sebuah agensi berdaftar di bawah AIA PUBLIC TAKAFUL BHD yang mempromosikan pelan pengurusan dan penyelesaian risiko kewangan. Pada masa yang sama, LunaStella juga merupakan rakan korporat AMANAH WARISAN SDN BHD (AWARIS) dalam merancang perwarisan harta dan hibah amanah. Ia amat bertepatan dengan motto kami – “Legacy Life Solutions”.
LunaStella diasaskan oleh En. Mohd Azlin Bin Kamarulzaman pada Januari 2015. Pada tahun 2015, LunaStella dianugerahkan oleh AIA sebagai TOP ROOKIE TAKAFUL MANAGER dan sejak dari itu LunaStella berkembang pesat dan dianugerahkan “AIA Million Dollar Agency” sejak 2016 hingga kini. Kami percaya Kualiti akan menghasilkan Kuantiti. Kualiti perkhidmatan kami yang cemerlang akan meningkatkan penyertaan lebih ramai insan dalam mengurus risiko kewangan menerusi pelan takaful serta merancang perwarisan harta sebaik-baiknya. Kami juga membuka peluang kepada mereka yang berminat dan berkelayakan untuk menjadi rakan kongsi LunaStella.
C – Consult will bring cash
S – Service will bring satisfaction
R – Recruit will enhance reputation