SBSG – Sales Builder Study Group

“SBSG – Sales Builder Study Group” adalah salah satu aktiviti dalam ekosistem AIA ELITE ACADEMY.

SBSG adalah diskusi mingguan, bedah siasat aktiviti setiap associate Elite dan ia adalah salah satu pra-syarat untuk mereka mendapatkan elaun bulanan Elite.

Ia dilaksanakan setiap Isnin, jam 830 pagi. Laporan SBSG yang disediakan menerusi aktiviti dalam AIA LIFE PLANNER APP (ALPA) akan menjadi diari rujukan asas perbincangan.

Tiada lagi diari laporan bertulis atau diari untuk membuktikan kewujudan aktiviti perlu dibawa kerana semuanya telah disediakan dalam satu sistem khas AIA di hujung jari tanpa pertemuan fizikal.

Dari panggilan kepada prospek hinggalah urusan bersama prospek boleh diisi dalam smart phone associate terlibat. Ia memudahkan pengurus agensi memantau aktiviti associate secara maya kerana kemasikini akan dimuatnaik “real time”.

SBSG mendidik associate agar sentiasa konsisten dalam memenuhi tuntutan proses rundingan takaful yang berkualiti

Sebagai salah seorang Moderator SBSG yang diiktiraf AIA, pengalaman dan pengetahuan saya menjadi panduan buat semua associates Elite yang bernaung di bawah bimbingan saya.

Pada masa yang sama, semua associates yang terlibat akan memberikan idea agar rakan seperjuangan boleh memperbaiki prestasi.

Tiada siapa akan ketinggalan apabila menyertai LunaStella Group melainkan anda memilih untuk ditinggalkan😊

#LunaStella #LunaStella22 #stellaz22 #stellaz #mdrt #mda #aiaeliteacademy #career #kerjaya #mentor #opportunity #kerjakosong #careercoach #financial #careergoals #careerchange #careermanagement #success #mastertrainer #aiamalaysia #aia #aiapublictakaful